Friday, August 30, 2013

Cara Daftar Churpchurp


Assalammualaikum,

Wah,nampaknya ramai yang berminat nak dapat duit melalui churp-churp.caranya mudah sahaja,


Mula-mula sekali sign up.Ini wajib

Kemudian bila selepas sign in, baru boleh share di facebook,twitter,blog.dan lain-lain laman sosial


Cara nak share: rujuk gambar di atas

1. Nampak Rewards,klik
2. Sebelah kiri Rewards akan keluar new campaign-produk yang kita boleh share.Pilih campaign mana yang nak share,klik pada Share Now.
3, Setelah share,semua iklan tersebut akan disenaraikan di bahagian bawah.Jika anda mendapat rewards(duit)kat sini pun dipaparkan jumlah yang anda dapat untuk setiap iklan.
4. Total semua earning anda dapat dilihat pada bahagian atas. Masa ni admya dah berjaya kumpulkan rm77.00
bila dah cukup rm100.00 boleh la cash out.Best kan!Tapi kalau nak simpan lama-lama pun takpe. Nak tunggu jadi banyak,boleh la enjoy lepas tu.hehe

Tak faham lagi macam mana nak share. Ok
Kan tadi dah klik share now.Paparan akan keluar macam ni(gambar bawah).Pilih mana2 mesej yang berkenan di hati (klik butang 1-10). Nampak tak RM300.00 tue,ini maknanya,rewards yang tinggal hanya RM300.00(maksudnya ramai orang dah share iklan ni)dah rewards yang kita bakal dapat adalah sebanyak rm0.20 setiap unique click.


Kemudian,nampak tak link: http:/.......,
nampak button save dan copy.apa lagi save dan copy
pastu paste kat facebook ke twitter ke




Bila kawan-kawan klik,anda akan dapat duit berdasarkan unique perview.

Senang kan!Selamat mencuba.

Thursday, August 29, 2013

Jodoh itu Milik Kita episode 4-6


Episode 4:
Shafik masih mengejar cinta hatinya Alya.Hubungan Aariz dan Dahlia masih lagi di peringkat mengenali hati masing-masing. Aariz suka mengusik Dahlia hingga membuatkan hati Dahlia tidak keruan.

download ep 4




Jom bantu Rexona membantu kanak-kanak memerlukan!

Episode 5
Alya cuba melarikan diri daripada obssesi Shafik kepadanya.

downloadep5 zippy
new link -hotfile

Episode 6:




Jodoh Itu Milik Kita - Episode 6 by Fazleyismail90


download ep6

kredit gambar:mohd khairi
kredit link:kepalabergetar

admya:
jika link ada masalah bagitau ye

Friday, August 23, 2013

Cara mudah buat income melalui internet



Assalammualaikum,

Kali ini admya nak kongsikan kepada uolls semua cara nak cari duit lebih tanpa modal.Sharing is caring right.
Mudah je. Apa yang korang perlu ialah

  1. Rajin online
  2. Ada Facebook, Twitter,
  3. Sabar(sebab duit takkan sekelip mata)

Ada yang kata kami sibuk ah... masih study lagi, ada kerja...takde masa
Ketepikan semua alasan tersebut. Kalau anda ada masa untuk online,anda ada masa untuk jana duit.

Apa yang anda boleh buat,senang aje iaitu:
sign up dan share di dalam medium sosial seperti twitter,facebook.

Kat sini admya share laman-laman web yang boleh tolong korang semua buat duit.

1. churpchurp  
     share iklan dapat duit(per unique view klik)
    setakat ini admya dah CASH OUT hampir RM300.00
    tak percaya. see the hand la - bukti cashout
     tutorial:Cara daftar dan share churpchurp
       tutorial 2
       Nak daftar? Klik sini
     

2. 8share
    share iklan dapat duit(per unique view klik)




En survey akan membuat bayaran sebanyak RM2.00 hingga RM20.00 bagi setiap tinjauan(bergantung pada pihak klien) dan setiap tinjauan mempunyai had bilangan respon yang tertentu.
    


4) Ipanel




admya:
mudah kan.

Wednesday, August 21, 2013

Jodoh itu Milik Kita episode 3


Episode 3

Dahlia dan Aariz sedang cuba membiasakan diri dengan kehidupan baru mereka sebagai suami isteri

episode 3

Kemalangan Bas Terhumban di Gaung di Genting Highland

Baru kejap tadi tengok berita,sebuah bas terhumban ke dalam gaung di Genting Highland petang tadi. Bas tersebut membawa 49 orang dan setakat ini disyaki 33 orang tekorbam dan hanya 16 orang berjaya diselamatkan.
Pihak bomba dan penyelamat masih lagi berusha mengeluarkan jenazah dari gaung.

antara mangsa yang selamat
FOTO Khairull Azry Bidin.


admya:
Takziah buat semua ahli keluarga mangsa.Kemalangan yang mengerikan
Gambar kredit kepada Pihak Bomba dan Penyelamat,mstar dan utusan


Download Cinta Jannah episode 1-24




Salam.
Download episode Cinta Jannah. Update ep24

Dapatkah Tengku Zareena memisahkan mereka? Bagaimana takdir yang tertulis untuk Izaryl dan Jannah?



EP 1
EP 2
EP 3
EP 4 
EP 5
EP 6
EP 7
EP 8
EP 9
EP 10
EP 11
EP 12
EP 13
EP14
Ep 15
EP 16
Ep 17
EP 18
EP 19
Ep 20
EP 21
EP 22
EP 23 -episode paling sakit hati.geram
Ep 24

kredit to kepalabergetar

Johan buat lawak. sakit mulut ketawa.Bakat Johara

Tip dekor bilik dari Ikea -Katalog 2014


admya: so far episode 20 -bunga cinta di taman hati

kredit gambar :budiey



Slot Akasia: Jika itu Takdirku

Assalammualaikum semua,











akan datang di slot akasia mulai 17/2/2014 ini.

Tuesday, August 20, 2013

Jodoh itu Milik Kita episode 2



Episode 2
updated


Dahlia masih lagi terkejut dengan pernikahannya.Mana taknya,pengantin dah bertukar. Tapi Aariz berlagak biasa.


video cr: astro gempak

download ep 2

Jodoh itu Milik Kita episode 1

Episode 1
updated



Perkenalan Dahlia dan Puan Marina membawa kepada pertunangan Dahlia dan Syafiq.Atas rasa hormat dan sayang Dahlia terima pinangan tersebut walaupun mereka tidak pernah bercinta.Namun,pada hari pernikahan Syafiq melarikan diri sebab tak dapat menerima pilihan keluarga.Dalam kekalutan,abang Syafiq Aariz terpaksa menggantikan adiknya sebagai pengantin lelaki atas permintaan Puan Marina.

video link:astrogempak

download ep 1(zippy)


Friday, August 16, 2013

Telemovie: Siapa aku di hatimu tv1


Assalammualaikum,
Drama ni dah ditayangkan,namun sebab sibuk beraya,tak sempat nak update.

Sinopsis:

Mengisahkan kisah cinta Ezran dan Azyun yang bercinta ketika belajar di kolej.Urusan perniagaan membuatkan Ezran kerap meninggalkan Azyun kerana perlu ke luar negara. Satu hari, Ezran bertemu Ayuni ketika betugas di luar negara dan mereka berkahwin. 
Setelah lima tahun, Ezran sukar untuk melupakan Azyun dan mula merindui Azyun.
Azyun yang tahu Ezran telah berkahwin, membuatkannnya menerima pilihan ibunya Sharul.

Ezran mempunyai urusan perniagaan di Casablanca dan Ayuni mempunyai urusan di Jordan. Ayuni hanay akan sampai selepas 3 hari. Shahrul juga merancang untuk pergi ke Casablanca.Azyun diarahkan untuk pergi dahulu ke Casablanca disebabkan  dia mempunyai urusan lain. Sebenarnya, Shahrul pergi berjumpa bekas kekasihnya sebelum terbang ke Casablanca.

Suatu hari,Ayuni berkenalan dengan Azyun ketika bertemu di Masjid. Mereka berkongsi minat.Ayuni berjanji untuk bertemu Azyun di sebuah restoran. Alangkah terkejutnya Ezran,bila dia bertemu dengan Azyun.

download





Sunday, August 4, 2013

Perhatian! Senarai Susu Dumex yang ditarik balik dari Pasaran



Assalammualaikum,

Hari ini entry yang masuk agak lain- susu yang ditarik balik pasaran.Oleh kerana banyak sangat carian tentang susu dumex yang ditarik balik,maka admya kongsikan kat sini.

Danone Dumex telah menarik balik produk susu mereka daripada pasaran sebagai langkah berjaga-jaga.Pihak berkuasa New Zeland mengeluarkan amaran tentang "whey protein concentrate" (WPY) dalam keluaran Fonterra kerana disyaki dicemari dengan Clostridium botulinium yang boleh menyebabkan keracunan makanan.


The products being recalled are

Dumex Dupro Step 2 with batch numbers 04263B, 042773B2, 05033B2, 05093b2, 05153B2, 05223B2, 05233B2, 05143T1, 05153B1, 04263B1, 04273B1, 04273B2, 05033B1, 05033B2, 05093B1, 05093B2, 05153B1, 05153B2, 05223B1, 05223B2, 05233B1.

Mamex Cherish Step 1 with batch numbers 06103T1, 06213B1, 06213B2, 06053R1, 06123R1, 06093T1, 06213B1.

Mamex Explore Step 2 with batch numbers 06093T1, 06123R1, 06213B1, 06213B2.

Bebelac Step 2 with batch numbers 05023R1, 05033R1.

Kuala Lumpur: Danone Dumex Malaysia today recalls limited batches of Dumex Dupro, Mamex Cherish, Mamex Explore, Bebelac Step 1 and 2 upon advisory from Fonterra.

In a statement, Danone Dumex said that they were informed by Fonterra yesterday that one of the ingredients had a potential quality issue and that they might have received supplies which were contaminated.

For this reason, Danone Dumex said they had carried out a precautionary recall in Malaysia.

"Given the new information supplied by Fonterra, we decided to make a precautionary recall on specific batches of the products."

"Consumers should not feed products with these batch numbers to infants."

"We apologise to our customers for any inconvenience or stress caused by this but the safety of our consumers is our paramount concern," it said.

It also advised consumers that they should contact their doctors as a precautionary measure if they had fed their infants with these batches and if their children showed any signs of illness.

The statement said the recall only affected certain batches which were sold in Malaysia and that the recall did not include other batches of the same product and other Danone Dumex products.



The products being recalled are: 

  • Dumex Dupro Step 2 with batch numbers
    PRODUCT NAMEBATCH
    Dumex Dupro 650g04263B2
    04273B2
    05033B2
    05093B2
    05153B2
    05223B2
    05233B2
    05143T1
    PRODUCT NAMEBATCH
    Dumex Dupro 1kg05153B1
    04263B1
    04273B1
    04273B2
    05033B1
    05033B2
    05093B1
    05093B2
    05153B1
    05153B2
    05223B1
    05223B2
    05233B1



  • Mamex Cherish Step 1 with batch numbers

    PRODUCT NAMEBATCH
    Mamex Cherish 1 600g06103T1
    06213B1
    06213B2
    Mamex Cherish 1 1.5kg06053R1
    06123R1
    Mamex Cherish 1 1.8kg06093T1
    06213B1
     
  • Mamex Explore Step 2 with batch numbers
    PRODUCT NAMEBATCH
    Mamex Explore 2 600g06093T1
    Mamex Explore 2 1.5kg06123R1
    Mamex Explore 2 1.8kg06213B1
    06213B2
  • Bebelac Step 2 with batch numbers
    PRODUCT NAMEBATCH
    Bebelac 2 800g05023R1
    05033R1

Consumers should not feed products with these batch numbers to infants. .


If you have been using these products to feed your infant and your child shows any sign of illness, please contact your health care professional as a precautionary measure. 

This recall ONLY affects batches noted above, sold in Malaysia. 

The recall DOES NOT include other batches of the same products and other Danone Dumex products. 
If you have recently purchased any products with the batch numbers detailed above, please return them to the place of purchase for a full refund. 


Danone Dumex memohon maaf atas kesulitan disebabkan perkara itu dan pengguna yang memiliki produk itu boleh menghubungi Careline di talian1-800-38-1038. 


We are doing everything we can to resolve this issue and provide as much information and support as possible. 

Contact for parents and carers:
Customer Careline 1800 38 1038


Contact for media:
Stuart Tan, email – stuart.tan@edelman.com


Selaut Kasih, Seikhlas Hati



Selaut Kasih,setulus budi, seikhlas hati



Assalammualaikum waramatullah,



Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, Keluarganya,para sahabat dan syuhada,
Syukur atas nikmat Islam dan Iman kita masih bersama di bulan Ramadhan yang mulia ini..


Kesempatan ini, admya ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca-pembaca serta pengunjung setia admya blogspot. Semoga Lebaran kali ini memberi sejuta makna kepada kita semua dan Moga dipanjangkan umur untuk berjumpa lagi pada Ramadhan yang seterusnya.Amin.

Akhir kata,

sepuluh jari disusun,
maaf dipinta
jika ada tersalah kata,tersilap bicara.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

Ikhlas daripada
Admya@fara



Drama Raya Pak Pak Pong




Raya Pertama 4 petang
TV3

Sinopsis:

Salim Maula, duda dan mempunyai 3 oran anak iaitu Anas, Basyir dan Muaz.Salim membesarkan anaknya sendiri selepas isterinya meninggal selepas melahirkan Muaz. Dia mempunyai perniagaan sendiri iaitu membuat bata blok. Kini anak-anaknya telah dewasa tetapi malas bekerja. Mana taknya, Salim masih menjaga mereka seperti anak kecil.Anas dipanggil abang,  Basyir dipanggil adik dan Muaz pula Baby. Salim mengharapkan anaknya berubah bila Ramadhan menjelang tiba. Hanya Basyir dan Anas terima tawaran bapa mereka untuk bekerja di syarikat. Muaz pula mahu beribadat di bulan puasa

Pelakon: Aiman Hakim Ridza, Aliff Aziz, Syafie Naswip, Jalil Hamid,



Drama Dari Ibu


Raya ke 5: 4 petang

Sinopsis: 
Hazim tinggal bersama ibunya sejak ayahnya meninggal dunia. Zawiyah seorang ibu yang tegas tetapi penyayang.Dia menguruskan kedai runcit peninggalan suaminya. Hazim sering mengeluh bila Zawiyah sering tidak menunaikan permintaanya. Hazim menganggap ibunya amat berkira dengannya. Atas dorongan ibunya, Hazim menjadi pelajar yang bijak dan cemerlang dalam pelajaran. Sekali lagi Hazim hampa bila ibunya tidak membelikan kereta seperti dijanjikan. Lalu berlaku salah faham hinggan 2 tahun lamanya.

Pelakon: Eja. Azlee Khairi, Zara Zya,Ellyas Abdullah


gambar credit to budiey

Baju Raya Kain Perca


Raya ke 6: 4 petang
Channel: TV3

Sinopsis:
Junaidah menjadi ibu tunggal selepas suaminya meninggal dunia akibat kemalangan. Akibat tertekan, Junaidah menjadi gils meroyan kerana baru melahirkan anak bongsu. Dia hampir membunuh Junaidi. 
Anak-anaknya diserahkan kepada badan kebajikan dan kemudiannya dijaga adik Junaidah Zaiton. Masa berlalu,  Junaidi telah berusia 16 tahun dan semakin kacak. Syamira bekerja di sebuah kedai kek. Syamira juga telah bertunang dengan Syakil. Amin 18 tahun semakin nakal. Dia bergantung pada kakaknya untuk meyara dirinya. Junaidah yang semakin sihat mula mencari anak-anaknya untuk menebus kesilapan lalu.

Pelakon: Khatijah Tan, Azahari Azizan, Nadia Nissa, Shukri Yahaya, Afzan, Fiza Halim.

Cerekarama Raya: Malaikat di pintu



24 ogos 2013(Sabtu)
10 malam
Ridwan dibesarkan di rumah anak yati, Namun,kini ibu saudara,Zai akan mengambil Ridwan untuk dijaga. Zai dan Mus masih belum dikurniakan anak walaupun telah beberapa tahun berkahwin. Mus kurang senang dengan kehadiran Ridwan kerana baginya Mus dianggap sebagai orang luar. Zai mungkin terpaksa menghantar semula Ridwan ke rumah anak yatim atas desakan Mus.Sepanjang Zai bekerja,Ridwan ditinggalkan bersendirian hingga bertemu rakan baru Alif.Mereka mulakan projek untuk mengumpul duit. Suatu hari,mereka pergi ke rumah yang tidak mereka kenali. Ridwan memberanikan diri membuka pintu. Tiba-tiba ada kelibat seseorang yang menakutkan iaitu tuan rumah tersebut Tok Bad.
Pelakon: Awie, Yana Samsudin, Fazli Daniel,Puteri Balkis,Aziz Singah.

gambar credit to budiey.

Saturday, August 3, 2013

Ku Kejar Bintang


Salam semua,
Randy Pangalila kembali lagi kaca tv dengan drama bersiri terbaru bersama Nora Danish berjudul Benci vs Cinta(tajuk sebelum Ku kejar bintang)


Pelakon: Nora Danish,Randy, Marsha,Hefny,Didie Alias, Salina Salibi
Arahan:Michael Ang
Tayangan: 9.30 malam
Channel: Astro Ria/ Maya hd
Jumlah episode 13
Mula tayangan: 9/9/2013




Drama Bisikan Azazil


Assalammualaikum,

Eirma Fatima kembali dengan sebuah karya bertajuk Bisikan Azazil.
Arahan: Azma Aiza Yusoof.

Lakonan:  Nabila Huda, Aqasha

Waktu tayangan belum diputuskan lagi. Nanti admya update lagi.

Fadhilah diceraikan dengan Talak tiga





Gambar credit Nabila Huda dan Azma Aiza Yusoof



Drama Raya Nora Jambu


Assalammualaikum,



Judul: Raya Nora Jambu
Tayangan: Hari Raya Pertama
Astro Ria 6:30 petang


Sinopsis:

Sebuah telefilem muzikal yang mengisahkan Kampung Jambu yang mengadakan pertandingan memikat hati Nora

Pelakon: Nora Danish, Taukeh,Yus,Zahiril Adzim.

Slot Akasia: Cinta Jannah


Assalammualaikum,
update download links

Pada entri yang lepas, admya ada cerita pasal drama baru slot akasia berjudul Syurga Tanpa Bidadari.
Kini judul drama tersebut telah bertukar kepada Cinta Jannah dan pelakon utama lelaki juga yang diputuskan adalah Aeril Zafrel bersama Nelydia Senrose.
Entri yang lepas adalah maklumat awal drama sebelum shooting.


Cinta Jannah dijadualkan ditayangkan selepas Demi Dia-14 ogos ini.
Jumlah episode: 24


Lagu dalam drama:
Misha Omar -Angin Syurga
Erry Putra - Tidak-tidak
Music Background
Opick- Cahaya Hati

Tomok- Aku datang ep15
Erin feat Erry Putra- Berubah
Mark Adam - Pencuri ep 22

Sinopsis:

Abdullah memberitahu Jannah bahawa Suffian meminangnya. Jannah meminta pandangan daripada Balqis. Balqis memberitahu Nur Jannah agar tidak menolak tuah. Nur Jannah berbelah bahagi. Sumaiyyah mahu Abdullah mempertimbangkan semula cadangan menjodohkan Jannah dengan Suffian.
Jannah kemudiannya melarikan diri dari rumah kerana tidak mahu menjadi isteri kedua Suffian. Bapanya, Abdullah ingin menebus balik tanah kebun yang digadai adiknya Razak kepada Suffian selepas kalah judi. Jannah dibenci bapanya kerana beliau begitu ingin anak lelaki untuk mendapatkankan harta pusaka milik ibunya.

Setibanya Jannah di Kuala Lumpur, Jannah tiada hala tuju.Ketika itu, begnya diragut dan Jannah jatuh lalu pengsan. Secara kebetulan, Izaryl(Aeril) lalu di situ lalu membantu Jannah. Izaryl juga sedang berdepan dilema apabila dia perlu mencari isteri dalam 3 bulan bagi mengelakkan dirinya berkahwin dengan Damia,pilihan ibunya.
Dalam keterpaksaan, Izaryl membohongi Jannah,kononya yang dia telah memperkosa Jannah  semasa Jannah pengsan.Justeru itu, mereka terpaksa berkahwin.Apabila mengetahui tentang perkahwinan itu,Ibu Izaryl Tengku Zareena(Dian P.Ramlee) berasa amat marah. Lalu, Tengku Zareena merancang bersama Damia untuk memisahkan mereka.

Berjayakah Damia menggoda Izaryl?Adakah terbit cinta antara Jannah dan Izaryl?









ep14



admya:
macam mana ye perasaan Jannah bila dapat tahu yang Izaryl membohonginya tentang perkahwinan mereka?

Friday, August 2, 2013

Tips Diet Hari Raya



Assalammualaikum 

Tinggal beberapa hari sahaja lagi semua Umat Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia akan menyambut Hari Lebaran@Hari Raya Aidilfitri.Lumrah rakyat Malaysia, tiba hari raya,pasti pelbagai juadah memenuhi meja. Itu belum lagi memenuhi undangan rumah terbuka. Pelbagai juadah dan kuih muih akan dihidangkan.

Sering kali kita risau yang berat badan naik selepas raya selepas makan makanan yang lazat dihidangkan. Yelah, rezeki jangan ditolak,dah tuan rumah hidang,rugilah kalau tak makan kan?Lagi-lagi bila tuan rumah hidang makanan yang enak-enak. So tanpa disedari makan tadi dah jadi melantakk.  Lepas tu datanglah sakit perut,senak perut.Tu yang klinik laris lepas raya.Macam-macam disumbat dalam perut. Pastu baru menyesal,badan dah naik.

Lazimnya makanan dan minuman yang diambil semasa hari raya kebiasaanya mengandungi kandungan lemak ,gula dan kalori yang tinggi.

Kat sini,admya nak kongsikan beberapa tips yang boleh membantu anda untuk kekal sihat semasa Hari Raya Aidilfitri.

1. Bila melihat juadah yang terhidang,kawal nafsu. Scanning  beberapa saat semua makan yang ada sebelum buat keputusan ambik juadah yang mana ingin makan.Dengan cara ini boleh membantu anda mengambil semua juadah setiap makanan secara terkawal. Bila makan secara sederhana,sistem penghadaman pun akan berfungsi dengan baik sepanjang Aidilfitri.

2. Anda juga dinasihatkan untuk tidak lupa minum air secukupnya dan mengambil makanan yang kaya dengan fiber. Sebabnya untuk mengelakkan masalah sembelit semasa hari raya. Kan,tak pasal-pasal terkurung kat tandas.
3. Semua sedia maklum hidangan hari raya terdiri makanan yang kurang lemak,tinggi garam,tinggi gula.  Makanan sebegini boleh menyebabkan makanan tidak hadam dan sembelit.Maka,anda dinasihatkan kurangkan pengambilan makanan seperti ini terutamanya air berkarbonat yang popular di hari raya. Kalau nak minum juga, boleh,tapi pastikan minum air berkarbonat setengah gelas dan kemudian minum air kosong jika masih berasa dahaga.

4. Kurma amat popular ketika bulan Ramadhan,tapi dilupai bila tiba Syawal.Pengambilan beberapa biji kurma sebelum sembahyang raya adalah amat digalakkan.Dicadangkan juga makanan seperti roti gandum penuh,susu rendah lemak,sepotong buah-buahan sebagai sarapan sebelum menjamah ketupat dan rendang.

5. Untuk makan tengahari dan makan malam,pastinya anda sudah kenyang dengan ketupat lemang dan hidangan raya yang lain.  Sekiranya anda berjaya mengawal pemakanan pada hari tersebut bolehlah ditambah dengan pengambilan buah-buahan segar dan sayur-sayuran. Buah-buahan dan sayuran amat penting untuk membantu penghadaman.
Diharap panduan yang dikongsikan sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mengawal pengambilan makanan di hari raya nanti. 

Kalori Hidangan Hari Raya. setiap satu hidangan
Lontong = 348.6
Ketupat palas: 119.4
Serunding Ayam= 183.5
Serunding Daging = 197.9
Soto Ayam = 401.5
Lemang =82.8
Ingat. Tubuh badan kita bukan untuk dipakai sehari dua tapi sepanjang hidup kita. Nak tahu lebih lanjut Kalori makanan boleh check kat sini

Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!

Maaf zahir & batin.

Sumber asal panduan: Kevin Zahari