join admya di FB

6 perkara anda perlu buat(mesti baca)




Assalammualaikum,
Lama tak tulis entri pasal tips.
Okay,kita teruskan.13 perkara ni korang perlu buat.suka ke tidak,nak ke tak nak mesti buat!pesanan ikhlas ni.




apa dia?

1. TUKAR berus gigi anda selepas 3 minggu. 
Ubat gigi silih berganti,sian berus gigi tu,tak bertukar langsung. apa alasan korang
masih boleh guna,elok lagi...ish ish..
berus gigi duduk kat mana?dalam toilet kan,maknanya banyak bakteria dalam bilik air tu,apatah lagi,bakteria dalam mulut korang.
So ganti baru lepas 3 minggu. ala murah je berus gigi rm3.90 paling murah berjenama lagi tu.

2. Ganti Make up anda
Make up tak habis guna. Usah sayang.Ganti dengan baru,kalau nak jaga muka.Buat apa pakai make up tapi penuh dengan bakteria.Dari nak tutup jerawat,timbul jerawat.Ala make up mahal.Sabar dulu.
Jom kita lihat jangka hayat make up yang boleh korang simpan.

Lipstik- 2 tahun
Powder - 2 tahun
Blusher - 18 bulan
Eyeliner - Kurang dari setahun
Mascara - 3 bulan
3. Bantal
Bantal -Perlu tukar setiap 3 tahun sekali. Bantal boleh memerangkap debu hama. Jadi,selain cuci sarung bantal, tiap 3 tahun sekali kena tukar.
Paling lama pun korang boleh simpan 4-5 tahun je. itupun rasanya lama sangat dah.Bantal yang ada "peta" lagi la kena cepat2 tukar.hehe
Bantal bucuk? Erm... boleh la dikecualikan.nanti tak boleh tido malam plak.Jangan lupa cuci dan jemur ye.

4.Loofah

Eh apa tu?Yang ni la nama dia loofah atau span badan.




Yang ni kena tukar 3 minggu sekali.Sebab tu kat Watson dan Guardian selalu jual bundle.


5. Span basuh pinggan mangkuk.
Yang ni kena tukar sebulan sekali.Lebih-lebih lagi kalau dah bertukar warna.

6.Contact lense

Siapa yang suka pakai contact lens?Baik mengaku cepat.hehe
Ikut jangka hayat dia. ada yang sebulan ,ada yang 3 bulan. pastu tukar ye. bahaya kalau guna melebihi masa tempoh.silap hari bulan boleh kena jangkitan.mata hanya 2,kalau dah rosak,mana nak cari ganti!


ada lagi yang perlu buang selepas tempoh waktu?kongsi di sini.

Comments